Wednesday, August 11, 2010

HARI INI UNTUK MASA DEPAN



Masa depan tidak dapat dipisahkan dengan apa yang kita lakukan hari ini.  Berjuang untuk masa depan tanpa berusaha masa kini adalah sia-sia.  Tidak pernah ada kata terlambat untuk mencipta masa depan.  Sekecil apa pun usaha kita, akan bererti di masa depan kalau itu di dalam tangan Tuhan.

Sebutir benih kecil yang kita tanam hari ini jangan kuatiri akan pertumbuhannya.  Tuhan yang memberi hasilnya.  Jangan harap akan hal-hal yang penting untuk masa depan jika tiada usaha yang kita buat hari ini.  Apa yang kita tabur sekarang adalah tuaian untuk masa akan datang.  Sebab itu, kuatkanlah hati kita supaya dapat meraih masa depan yang baik..

Yeremia 29:11-  Sebab Aku ini mengetahui rancangan-rancangan apa yang ada padaKu mengenai kamu, demikianlah Firman Tuhan, iaitu rancangan damai sejahtera dan bukan rancangan kecelakaan, untuk memberikan kepadamu masa depan yang penuh harapan.

Tuesday, August 10, 2010

ESOK MASIH ADA


Esok masih ada sekiranya malam ini sampai paginya Yesus belum tiba juga.  Matahari pagi akan bersinar lagi.  Itu pun kalau pagi harinya tidak mendung diselebungi embun pagi.

Sinar matahari pagi itu unik.  Ramai orang menunggu, bahkan ada yang sangat suka menyaksikan saat terbitnya fajar itu.  Fajar pagi melambangkan pengharapan.

Sebaliknya ada juga orang yang tidak sanggup atau sedia menanti terbit fajar pagi.  Mereka itu tergolong dari orang yang berputus asa.  Mereka berasa hari esok tidak perlu lagi.  Alangkah baiknya kalau malam ini terus berpanjangan tanpa hari esok.  Melihat keadaan sebegini rupa, dapatlah kita ertikan bahawa mereka menanti hari esok.  Fajar pagi itu simbol pengharapan, manakala bagi yang berputus asa ia adalah simbol kegagalan.

Yakub pernah mengalami keadaan sedemikian rupa.  Dia takut sambut fajar baru.  Sepanjang malam dia tidak dapat tidur.  Dia dibayangi ketakutan akan hari esok.  Dia takut berjumpa dengan Esau abangnya.   Dia bergumul sepanjang malam.  Dia juga berharap malam itu berpanjangan.  Bagaimana dia sanggup hadapi hari esok yang penuh bererti???...Allah mengerti dan mau menyedarkannya.

Seorang pemuda datang bergelut dengannya sampai pagi.  Yakub tidak mahu mengalah. Pemuda itu menumbuk sendi pangkal pahanya sehingga pincang.  Dalam pandangan manusia dia sudah kalah tapi pada Allah dia menang.  Kenapa dia yang pincang dikatakan menang??..Sebab dari pergelutan itu dia bertumbuh.  Dia bukan Yakub lagi tapi Israel.  Kepincangan membuat dia bergantung kepada Allah.  Akhirnya dia berani hadapi hari esok.

Berharaplah kepada Allah.  Di manakah sendi pangkal pahamu?..Itukah kebanggaanmu selama ini??..Itu perlu dipukul sehingga mengalami kepincangan dan hilang tempat bergantung melainkan cuma bergantung kepada Allah..SAMBUTRLAH FAJAR PAGI ESOK DENGAN PENUH HARAPAN!!